Kisah Anak dengan Kera

Artikel in adalah semata-mata  pandangan penulis sahaja terhadap isu ini dan tidak bertujuan untuk menyakiti hati mana-mana pihak .  

Baru-baru ini , terdengar saya mengenai  khabar angin mengenai pangkat "Datuk" dan seorang artis dari India juga mengenai beliau dicadangkan untuk pangkat tersebut .Ini bukannya kali pertama perkara sebegini berlaku di negara dimana artis Bollywood dianugerahkan pangkat "Datuk" . Tujuan pemberian anugerah tersebut adalah atas mengenal jasa mereka atas usaha membangunkan industri pelancongan negara serta membantu membangunkan industri seni tempatan ,terutamanya untuk artis-artis India tempatan . Persoalan kali ini pula adalah perlukah artis -artis luar diberi layanan istimewa manakala kebolehan tempatan di anaktirikan ? Apa yang kurang dengan artis tempatan ?



Gambar sekadar hiasan sahaja.
                     
Mengapakah layanan istimewa?
Populariti seseorang memang memainkan peranan penting , sebagai contoh nama V.Nagaraj seorang pengarah , penerbit serta seorang insan yang serba kebolehan tidak dicadangkan ? adakah alasannya
semudah kerana "Made In Malaysia" ? bukan sahaja beliau yang berkelayakan tetapi beberapa artis seperti SivajiRaja, IsaiThendral T.N Mariappan, Sevisei Sitter Re. Shanmugam, Suhan Panchatcharam dan sebagainya  . Mereka semuanya artis yang dikenalpasti serta diiktiraf  kebolehan persada dunia . Malah artis luar negara yang menjadi pilihan sesetengah pihak untuk penghormatan tersebut.Jadi ini jelas bukanlah masalah kita tiada kebolehan tetapi kita tidak sanggup menerima hakikat bahawa kebolehan-kebolehan ini dipuji dan diiktiraf.

Apa yang kurang disini?
Adakah kita memerlukan "Superstar" atau "Universal Star" buatan Malaysia ? Jawabnya tentulah  YA! Saya tidak mahu membandingkan artis-artis luar negara dengan tempatan , itu bukan satu topik sesuai untuk dibincang .Serik dengan perbandingan tersebut ,untuk maklumat pembaca India , merupakan negara yang aktif dalam industri pengambaran dimana hampir 75% hasilnya datang dari industri tersebut ,kita masih baru dalam industri ini . Maka ,eloknya tidak bandingkan gajah dan semut . "Dahlah tak nak iktiraf artis India tempatan , pastu kecoh satu negara kata industri kita mundur ! " tegur salah seorang kawan saya semasa kita membincangkan isu ini.

Saya berasa kita patut berterima kasih kasih kepada artis/industri perfileman negara luar tetapi adalah perkara yang bodoh sekiranya kita masih bergantung kepada mereka walaupun selepas 60 tahun dibimbingnya .Biarkan artis kita bebas mengeluarkan buah minda mereka , iktiraf karya mereka ,janganlah membelenggu atau membatasi mereka dengan alasan mereka masih mentah. Biarpun mereka baru , langkah sepatutnya adalah memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dan bukan mengabaikan mereka.

Bukanlah niat saya untuk membantah mengenai penghormatan kepada artis luar tetapi harus difikirkan tentang situasi artis tempatan juga .Mereka yang bersusah-payah dan berjuang setiap hari dalam industri yang semakin hari semakin hilang hala-tujunya . Bak kata pepatah "Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui? ",artis tempatan  tidak diiktiraf dan diabaikan , kemudiannya pula artis luar negara dipuja.

Akhir sekali adalah cadangan penulis bahawa satu jawatankuasa khas diwujudkan dan ditugaskan untuk menapis senarai nama calon artis tempatan yang paling berkelayakan untuk menerima penghormatan tersebut. Itu merupakan langkah terbaik untuk mengatasi dilemma yang lama wujud ini.

Sekian.
Terima Kasih.


Artikel in adalah semata-mata dari sudut pandangan penulis sahaja terhadap isu ini dan tidak bertujuan untuk menyakiti hati mana-mana pihak .  

Penulis merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Teknologi Maklumat (Komputer Forensik) disalah sebuah IPTS dan juga merupakan jurugambar sambilan.Penulis boleh dihubungi melalu e-mail manorasaratnam@gmail.com.Komen  dari pembaca digalakkan,namun akan ditapis oleh admin sebelum disiarkan dibawah.

No comments:

Post a Comment