Saya masih lagi pelajar Universiti , fotografi hanyalah hobi dan kini merupakan pekerjaan sambilan saya untuk menampung kos hidup di Bandar Sunway.Sejak saya bergiat aktif dalam bidang ini , rakan -rakan yang menceburi bidang ini mula menjadi kawan dalam laman social Facebook . Pada mulanya idea saya hanya untuk berkongsi hasil kerja saya serta mendapatkan kritikan mereka kerana saya berpendapat kritikan membantu seseorang individu untuk membina kebolehan mereka . Tetapi lama- kelamanya saya mendapati hampir kesemua mereka dipandang sebagai kelas kedua atau "second class" dalam bidang ini . Persoalannya mengapakah kita dipandang sedemikian? Marilah kita bersama-sama melihat dari perspektif seorang pelajar yang memilih fotografi sebagai kerja sambilan.
1.Harga "lowlah" sikit
"Alahai bukannya professional pun,baru belajarkan,nanti kau ambil gambar pastu jadikan sebagai latihanlah".
Tidak menafikan kami ini masih baru dalam bidang ini bukan membawa maksud ,sanggup menjadi jurugambar secara percuma.Ingin saya menegaskan bahawa "Nothing Is For Free".Kami pun bayar untuk semua perkara, jadi tolanglah ingat, kami pun ada komitmen tertentu juga.Pernah sekali rakan seperjuangan saya menghadapi situasi dimana pelanggan bukan hendakan harga yang murah tetapi mahukan secara percuma.Alasannya pelanggan mudah sahaja,kamu masih pelajar.
2.Bayaran Tempahan-"Deposit"
Masih wujud beberapa pelanggan yang tidak tahu bahawa wujudnya perkara seperti ini.Bayaran tempahan biasanya dikutip mengikut peratus dari jumlah keseluruhan biasanya 30%.Bayaran ini dikutip bukan sewenag-wenagnya tetapi mempunyai alasan yang kukuh.Situasi seperti ini bertujuan memastikan kepentingan pelanggan dan juga jurugambar.Pelanggan-supaya jurugambar telah berjanji menjalakan kerja mereka ; jurugambar-untuk mengelakan pembatalan khidmat pada saat akhir.Yang peliknya ,dengan label "KAMU BUKAN PRO" bukan satu alasan kepada pelanggan untuk mengabaikan isu ini .Apa yang pernah berlaku kepada diri saya semasa penggambaran perkhawinan di Kulim adalah berbeza sedikit , hanya deposit sahaja dibayar dan pelanggan hendakkan gambar perkhawinan selepas dua minggu selepas majlis.Sejurus saya menyiapkan segala kerja-kerja "editing" dan bersiap untuk menyerahkan gambar , pelanggan sanggup memberikan alasan untuk membayarnya pada bulan seterusnya,akibat kesalahan saya untuk menyerahkan gambar atas nama kepercayaan,maka saya
3.Tik....tik...tik....
"Majlis bermula dari 8pm sehingga 11pm".
Itulah yang dijanjikan pada awalnya, tetapi kami perlu berada di majlis sekurang-kurangya sejam sebelum majlis bermula dan yang paling mengecewakan adalah apabila kami meminta izin pulang pada waktu yang dijanjikan terus sahaja boleh melihat terkapai-kapai si pengajur mencari alasan untuk mengunjurkan masa.11.15..11.30..11.45..12..12.15..12.30..12.45...masih tunggu saudara , sesat , masih makan , OTW, hilang , lesap dan segala jenis alasan yang sewaktu dengannya . Memanglah benar anda bayar tetapi janganlah sehingga diibaratkan "cakap tak serupa bikin". Situasi yang hampir serupa berlaku kepada saya dan salah seorang rakan saya , lokasinya 150 KM dari Kuala Lumpur dan majlis sepatutnya dari 7 petang sehingga 11petang dan kami kembali ke Kuala Lumpur pada 5 pagi keesokkan harinya dan kuliah pula pada 8.30 pagi .Semuanya gara- gara saudara mereka tersesat dan kami pula
4.Rancangan "Last minute"
"Sorry bro,last minute plan,just confirmed so please be there."
Rancangan "last minute" bukanlah alasan untuk meminta penggambaran secara percuma.Biarpun ianya dirancang dari awal , tugasnya tetap sama pada majlis . Adalah jauh lebih baik sekiranya pelanggan bertanya terus tentang harga dari beberapa jurugambar , kerana pada seorang jurugambar kualiti tugasnya dipentingkan dahulu daripada harga.Kami pun ada jadual , bukanya bergoyang kaki . Nak murah,nak kualiti "best", hendak jurugambar dari awal hingga akhir majlis , kemudian hendak yang selalu available.Baik-baiknya carilah jurugambar kemudian tempah dulu,apalah yang susah entah .
Selain daripada perkara diatas , situatasi seterusnya ialah pembatalan pada masa terakhir "last minute cancellation" . Itu yang menyakitkan hati kerana pada diri saya , sebelum sesuatu majlis biasanya membuat sedikit kajian tentang majlis tersebut untuk menyesuaikan diri saya pada hari tersebut dan pembatalan tanpa alasan yang munasabah bukan sahaja merumitkan jadual diri saya serta merugikan saya dari aspek dimana saya terpaksa melepaskan tangan projek-projek lain !
5.Lokasi
Bukannya nak bagitahu semasa "booking" , sehari sebelum majlis barulah hendak memberitahu lokasi sebenar . Ianya lebih kurang seperti pada awalnya,dekat dengan Rawang kemudiannya baru menjelaskan bahawa jauh pedalaman Rawang dan bezanya 23KM dari lokasi asal . Saya pun kurang faham tentang helah sebegini,asyik-asyik tentang harga.23KM itu jauh , kereta memerlukan petrol , bukanya air sahaja dan petrol itu kena bayar . Maka isu kos itu pun perlulah dinaikan harganya dan tidak wajarlah kami disalahkan kerana kami tidak menentukan harga petrol !
Jadi isunya mudah sahaja , kami taklah dibayar tinggi ,sudahlah diminta diskaun , promotion , dan hadiah dan sebagainya , kemudian wang yang perlu dibayar pula ditangguhkan.Kami masih dalam proses pembelajaran akan tetapi adalah harapan penulis sekiranya isu-isu seperti diatas direnungkan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih lancar dan selesa.Bak kata pepatah "Kecil jangan disangka anak , besar jangan disangka bapa" yang membawa maksud pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja.
Terima Kasih.
Hati seorang jurugambar.
Artikel in adalah semata-mata daripada pengalaman penulis serta beberapa rakan laman sosial yang sering menghadapi masalah yang sama dan hanyalah dilihat dari perspektif seorang jurugambar . Artikel ini tidak bertujuan menyakiti hati mana-mana pihak.
Penulis merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Teknologi Maklumat (Komputer Forensik) disalah sebuah IPTS dan juga merupakan jurugambar sambilan.Penulis boleh dihubungi melalu e-mail manorasaratnam@gmail.com.Komen dari pembaca digalakkan,namun akan ditapis oleh admin sebelum disiarkan dibawah.
A true statement by the writer, In this world nothing is free, so do in photography. An event only can happened once but the picture that u capture on the moment will give the memories forever. Please do respect the artwork of a photographer.
ReplyDeleteThanks Umaparan,I have also received complaints from some of the photographers where their artwork is using without the owners permission.Hope to come up with an article soon on that.
DeleteRegards and Thanks.
Agreed.I have experience almost all the situation and most of the time we are treated differently.Its true Pro are different but atleast beginners shouldn't treated as aliens...
ReplyDeleteDear Mogan,as a beginner's advice ,the situation may put us in a million of circumstances but each of it will teach you the experience and make you mature when dealing with the clients.You should make the opportunity ,show the professionalism when deal with customer and sure it make a good rapport with them.
DeleteRegards and Thanks.
One thing that I don't really get is that people are willing to spend thousands for decorations and other things which will only last a day but cant spend for photography which will last a life time. Remember, without photography, you wouldn't even remember those decorations.
ReplyDeleteDear Anonymous,we are in the same situation,customers are like that ,we can't demand them for our service,and those who really understand our work ,will sure look back for your service in future.
DeleteRegards and Thanks.